Campaign summary

Donated
RM 3350
Campaign Status
Ended

Tangki Air untuk Kawasan Kemarau di Indonesia

Sekurang-kurangnya 48 juta orang akan terjejas dengan kemarau pada musim panas tahun ini. Amaran kemarau telah dikeluarkan untuk tujuh provinsi termasuk Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah, Yogyakarta, Jawa Timur, Nusa Tenggara Barat, dan Nusa Tenggara Timur.

Bencana hidro-meteorologi sejak kebelakangan ini telah mendominasikan siri bencana alam di Indonesia, sering kali berlaku musim tengkujuh serta kemarau yang berpanjangan. Di Jawa Tengah, sekurang-kurangnya 360 kampung di 31 daripada 35 keseluruhan daerah telah terjejas akibat kemarau. Walaupun kemarau bermula pada awal Jun, lapan kampung di daerah Banyumas telah pun berhadapan dengan krisis air.

Objektif:

Kempen ini bertujuan untuk memasang tangki-tangki air untuk memperolehi air bersih dan selamat untuk kawasan kemarau di Indonesia.

Penerima manfaat:

Di kebanyakkan kampung sekitar Jawa Tengah dan lain-lain, pemandangan normal para penduduk sedang beratur untuk mengambil air dari dalam lubang besar yang digali di sungai yang sudah kering.

Kebanyakkan mereka yang beratur terdiri daripada murid-murid yang akan menggunakan air tersebut untuk mandi sebelum ke sekolah. Mereka membawa tin dan baldi, menunggu dengan sabar di hadapan lubang sedalam 1 meter itu. Penduduk tempatan memanggil lubang tersebut sebagai belik. Jika bertuah, lubang tersebut dapat menampung 40 liter air selama 10 minit. Projek ini akan membantu mangsa-mangsa kemarau yang terlibat dengan krisi air bersih dan selamat.

GlobalSadaqah akan membantu menyediakan tangka air untuk membekalkan air selamat dan bersih kepada penduduk.

URL:https://www.globalsadaqah.com/campaign/tanks-drought-act/