Campaign summary

Donated
RM 3750
Campaign Status
Ended

Bekalan Air Selamat Untuk Mangsa Banjir Di Bangladesh

Kempen ini menyasarkan untuk membina semula telaga tiub di kawasan-kawasan yang terkesan disebabkan banjir teruk di Bangladesh. Pemasangan ini akan menyediakan bekalan air selamat kepada orang ramai, terutamanya kaum wanita dan kanak-kanak di kawasan persisiran pantai.

Bangladesh adalah negara yang terletak di dataran rendah yang berhubungan dengan sungai-sungai dan sering dilanda bencana alam semula jadi. Rakyat Bangladesh menghadapi pelbagai jenis bencana setiap tahun seperti banjir, hakisan sungai, ribut dan sebagainya. Penduduk yang paling ramai terkesan ialah mereka yang tinggal di kawasan persisiran pantai.

Tahun ini, hujan monsun yang berpanjangan bermula 9 Julai 2019 lalu telah menyebabkan banjir besar di kawasan tanah rendah daerah utara, timur laut dan tenggara Bangladesh. Malah, daerah Chittagong Hill Tracts (CHT) serta Bazar Cox turut berpotensi untuk mengalami banjir kilat dan tanah runtuh.

Lebih daripada 60,000 keluarga di kawasan tanah rendah telah terkandas di kediaman mereka serta di pusat perlindungan. Islampur di daerah Jamalpur ialah kawasan paling teruk dilanda bencana dengan 200,00 orang terkandas akibat banjir. Banjir telah menyebabkan hakisan sungai, empangan pecah, jalan raya dan landasan kereta api terputus, tanaman ladang ditenggelami air dan institusi pengajian terpaksa ditutup.

OBJEKTIF

  • Untuk memastikan air selamat dibekalkan kepada mangsa banjir
  • Untuk memaklumkan mangsa banjir tentang wabak dan penyakit
  • Untuk melindungi mangsa banjir daripada wabak dan penyakit melalui bekalan air selamat
  • Untuk memasang telaga tiub untuk bekalan air selamat bagi menghindari mangsa banjir dari segala wabak disebabkan air kotor

 

https://www.globalsadaqah.com/campaign/tubewell-bangladesh/