Campaign summary

Current campaign progress

To be donated
Days remaining
SalamTag reports
Web searches
Current progress of actions:

Projek Aqua: Sektor Air & Kesihatan di Sabah, Malaysia

Air ialah salah satu daripada elemen penting dalam kehidupan seharian. Mempunyai air dan tandas yang bersih bagi kegunaan harian serta pembesaran kanak-kanak tersangatlah penting. Kekurangan sumber air yang bersih boleh menyebabkan kanak-kanak mudah dijangkiti pelbagai penyakit. Di bawah sektor WASH (Water, Sanitation and Hygiene), Islamic Relief menyasarkan untuk memastikan penduduk mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi serta kebersihan asas terjamin. Pada Januari 2019, kami telah mengenalpasti satu komuniti di Sabah yang akan menerima bantuan daripada projek WASH.

 

 

Di Sabah, jurang perbezaan antara etnik dan kawasan perlu diperbaiki untuk memastikan tiada komuniti akan terjejas dengan pembangunan ekonomi Sabah. Usaha untuk mengurangkan kemiskinan di Sabah sangat mencabar dengan keadaan muka bumi serta perbezaan demografik. Kebanyakkan penduduk yang kurang berkemampuan tinggal di kawasan luar bandar.

 

 

Kebanyakannya masih menjalani kehidupan yang agak sukar kerana masalah pekerjaan. Projek ini akan memastikan penduduk di kampung dapat menggunakan air yang bersih dan bebas daripada penyakit. Ianya juga salah satu kempen kesedaran tentang kebersihan dan pembersihan. Projek ini diketuai oleh pelajar tahun 3 Fakulti Al-Quran dan Sunnah USIM, Maryam Nur Iman & Rabbatul Adawiyah Junus. Mereka pernah terlibat dengan pelbagai kempen kemanusiaan sebelum ini. Paip air bersistematik akan dipasang daripada telaga-telaga untuk terus dihubungkan ke kawasan perumahan termasuk kawasan pertanian serta masjid-masjid.

 

 

OBJEKTIF

  • Memastikan komuniti mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi.
  • Meningkatkan kesedaran tentang kebersihan dan pembersihan kepada penduduk.
  • Meningkatkan kualiti hidup penduduk dengan memastikan mereka mendapat keperluan asas.

 

PENERIMA

3000 individu (lebih kurang 200 keluarga)

 

https://islamic-relief.org.my/water-health/aqua-project/